Wednesday, May 7, 2008

Latar Belakang Pusat Dalam Komuniti Seri Malindo

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Malindo telah ditubuhkan pada 20 November 1995.PDK ini merupakan PDK kedua ditubuhkan dikawasan Masjid Tanah.Pada peringkat awalnya penubuhan PDK ini,aktiviti hanya dijalankan melalui lawatan ke rumah.Ketika itu program ini hanya dilakukan dikalangan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran,sukarelawan dari Jepun dan sukarelawan masyarakat tempatan.Program ini bermula seminggu sekali di kawasan Padang Kemunting.

Setelah pengoperasiannya bermula maka timbul masalah jarak yang terlalu jauh bagi kawasan sekitar Masjid Tanah untuk mengikuti program ini.Oleh yang demikian PDK Seri Malindo ditubuhkan.PDK ini dibuka atas dasar keperihatinan masyarakat dan bagi kemudahan penduduk sekitar yang mempunyai anak kurang upaya mengikuti program ini.Ianya dijalankan di Balai Raya Kampung Malindo,Bukit Apit.Nama bagi PDK ini diambil sempena nama tempat atau kampung tersebut iaitu Malindo.

Hampir tiga tahun PDK ini ditubuhkan di Kampung Malindo, Bukit Apit pelbagai kesulitan dialami terutama sekali jarak perjalanan yang jauh dan masalah pengangkutan serta agak terpencil.Maka jawatan kuasa PDK telah memutuskan untuk berpindah ke kawasan yang lebih strategik iaitu di Pekan Masjid Tanah.Pada awal Ogos 1999 PDK ini memulakan operasinya di MT 2741,Taman Bandar Baru Masjid Tanah,Jalan MT2,78300 Masjid Tanah,Melaka sehingga kini.

PeMeRiKsaaN & LaWaTan KeSiHaTan Dari BSAT





Hari Keluarga di Casa Rachado












Pada 12 April 2008, Petugas PDK bersama pelatih dan penjaga dengan kerjasama ahli jawatankuasa Seri Malindo mengadakan Hari Keluarga di Casa Rachado, Port Dickson.
Pelatih bertolak ke sana pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disediakan. Kehadiran pelatih, penjaga dan ahli jawatankuasa adalah 60 orang bersama 4 orang Petugas PDK.
Aktiviti yang dijalankan di sana adalah sukaneka yang melibatkan penjaga dengan pelatih.




AkTiViTi HArIaN











Antara jualan yang dibuat oleh pelatih dibantu oleh Guru Kemas dan penjaga.