Tuesday, November 4, 2008

Majlis PEtronita & Majlis Hari Raya PDK Seri Malindo

Pada 31 Okt .....PDK Seri Malindo mengadakn majlis dengan Petronita di sebelah pagi dan Majlis hari Raya di sebelah petang. Dengan kehadiran yang menggalakkan dari tetamu, ibu bapa / penjaga, pengerusi taman majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Thursday, September 25, 2008

Program Semai Bakti






Dalam program ini, pelatih OKU diberi sumbangan oleh Y.A.Bhg Datuk Seri Utama Jeanne Abdullah di Mini Bistari, Ayer Keroh disamping mengadakan Seminar Pendayaupayaan OKU, keluarga dan Masyarakat pada 19 Ogos 2008 yang lalu.

Tuesday, August 5, 2008

KarNival OKU & SukaNeka OKU

Pada 26hb & 27hb Julai 2008, Karnival OKU telah diadakan peringkat Negeri Melaka bertempat di Melaka Mall, Ayer Keroh, Melaka yang melibatkan semua PDK Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Setiap PDK menyertai Pertandingan MeWarna, Pertandingan Karaoke, Persembahan Muzik Terapi. Setiap PDK telah mendapat satu gerai untuk jualan hasil kraftangan pelatih OKU.
PDK Seri Malindo menjual kerepek kulit popia pedas, jualan ringan dan kraftangan / sulaman. Seramai 8 orang pelatih telah menyertai acara pertandingan mewarna dan karaoke. Pelatih yang terlibat ialah Mohd Nazri, Siti Rahana, Norhazimah, Zuernadila, Fhadilawaty, Fauzi Omar, Amirul, Maisura.
Gerai dibuka dari pagi sehingga malam. Semua Petugas terlibat bertugas mengikut giliran. Sebelah petang pula ada persembahan Muzik Terapi dari PDK Daerah Alor Gajah.